Pelancongan di Batu Kurau, Perak mempunyai konsep tersendiri yang terdiri dan dibahagikan 4 konsep pelancongan iaitu :-
- Agro-Tourism
- Sport-Tourism
- Culture-Tourism
- Food-Tourism
1. Agro-Tourism
Menjadikan aktiviti pertanian & ternakan penduduk sebagai produk pelancongan.
Contohnya Ladang Herba ( Misai kucing, Rozel dan Rempah Ratus ), tanaman Buluh
Madu, ternakan Arnab, petik buah kelapa menggunakan monyet, tanaman pisang,
menoreh getah, pembuatan asam gelugur, musim buah-buahan ( Durian, Salak dan
lain-lain )
2. Food - Tourism
Pelancong akan didedahkan dengan cara memproses pembuatan lemang.
Dalam proses ini bermula dengan memilih dan menebang buluh di ikuti mengambil
daun pisang, mengupas dan memarut buah kelapa serta memerah santan. Proses
seterusnya memasukkan daun pisang, pulut serta santan ke dalam buluh dengan
teknik yang betul dan membakar lemang hingga masak.
3. Sport - Tourism
Aktivit air seperti berakit dan renang di
Empangan Sungai Bubu yang telah dibaik pulih oleh J.P.S Taiping. Setiap pelancong akan merasai
aktiviti berbasikal ( basikal-basikal Lama ) mengelilingi kawasan kampung serta
berpeluang melakukan aktiviti kampung.
4. Culture- Tourism
Para
pelancong atau peserta berpeluang belajar bermain hadrah , ghazal dan bersilat
hingga mahir menguasai permainan-permainan tradisi masyarakat melayu patanni di Batu Kurau ini.