Kini, ramai anak-anak muda dan warga
kota tidak tahu cara kehidupan di desa. Apa yang dirisaukan ialah anggapan
bahawa kehidupan desa amat daif meskipun hakikatnya ramai tidak tahu bahawa
kehidupan di desa begitu kaya dengan keharmonian bangsa, cara hidup dan adat resamnya.
Kehidupan di desa yang tenang dan jauh dari hiruk-pikuk kota akan mendamaikan setiap pengunjung yang datang ke Batu Kurau, Perak. Malah kita akan merasai untuk kembali menyelami kehidupan desa setelah sekian lama desa suram dengan pemergian warganya ke kota-kota besar. Dengan cara ini dapatlah mengembalikan kehidupan desa yang permai dan damai.
Disamping itu, langkah pembinaan blog ini juga membuka peluang pekerjaan kepada warga desa untuk mencari pendapatan berasaskan produk tradisional dan menjadikannya antara tarikan utama di desa. Antara lain objektifnya ialah :-
1. Melahirkan masyarakat pelancongan
2. Menggalakkan anak muda bekerja dalam desa daripada berhijrah ke bandar
3. Menambah pendapatan kepada komuniti setempat
4. Mengeratkan hubungan sesama komuniti dan masyarakat luar.
5. Mengkormersialkan budaya setempat kepada dunia luar.
6. Menggunakan sumber yang sedia ada secara maksima tanpa pembaziran.