Alhamdulillah…. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan blog berkaitan pelancongan desa di Batu Kurau, Perak setelah pelbagai halangan dan rintangan datang menerpa.
Ibarat "Sireh Pulang Keganggang" itulah gambaran yang dapat menzahirkan rasa kecintaan kepada kampung halaman yang ingin saya abadikan didalam blog ini. Segala kenangan pahit dan manis yang membesar dan dewasa disana sebagai anak jati Batu Kurau, Perak terus tersemat didalam lipatan dan rentetan sejarah kehidupan dimuka bumi Allah ini.
Benar kata pepatah "Tempat Yang Jauh Lagikan DiKenang, Inikan Pula Tempat Bermain.". Walaupun kini telah menetap di Sepang, Selangor namun kerinduan di kampung halaman tetap menjengah tiba. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa keunikan Batu Kurau, Perak yang masih mengekalkan ciri-ciri perkampungan tradisional masyarakat melayu pattani dan jauh dari hiruk-pikuk kota telah mengambit pelancong sama ada diluar ataupun didalam negeri untuk merasai suasana kehidupan di kampung.
Ekoran daripada industri pelancongan desa yang semakin berkembang sejak akhir-akhir ini, telah memberikan inspirasi dalam usaha untuk mempromosikan produk pelancongan desa yang terdapat di Batu Kurau, Perak. Disamping itu ia juga mewujudkan peluang pekerjaan penduduk setempat sebagai pengusaha chalet atau homestay, pemandu pelancong, pengusaha kraftangan dan sebagainya.

Akhir kata, selamat melayari blog ini semoga anda yang berkunjung ke blog ini terhibur dan mendapat sedikit sebanyak info tentang pelancongan desa dalam bentuk penerbitan elektronik yang dihasilkan ini. Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu saya menghasilkan blog ini. Semoga beroleh manfaat hendakNYA. Jasa kalian tetap
dikenang.