Orang Kuat Batu Kurau Berlatar belakangkan Masjid Alkurawi
Toh Sajak berada barisan hadapan 2 dari kiri - Photo milik Mania '77 |
Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut (Taiping).
Menurut
orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada seketul batu
besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing Sungai Kurau (berhampiran
jambatan jalan raya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa
batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke
Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di
Kuala Kurau, daerah Kerian.
Penduduk
di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu keturunan Petani yang
mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thai.
Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang strategik untuk membuka
kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak
haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang
jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi.
Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti
durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir
ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang
Petani yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi
satu nostalgia sebagaimana dengan serangkap lagu lama orang Petani seperti di
bawah :
Ayun pak pek pak pong, Gulai asam pedas, Pakai baju tampung, Lenggang bagai duras, Duras buaya kampung, Hilir-hilir mudik, Mana kampung kita, Balik sana bukit!
Justeru,
walau di mana jua di negara ini, jika kita melihat pemandangan topografi
seperti ini sudah pasti penduduknya adalah terdiri daripada orang-orang Petani.
Sebagai contoh di negeri Perak orang Petani juga tinggal di Ijok, Selama, Bukit
Gantang, Air kuning, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu; sementara di Kedah
pula seperti di Baling dan juga Sik.
Nama-nama
tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti Allahyarham Dato’ Seri Hj.
Kamaruddin B. Mat Isa mantan Menteri Besar Perak yang kelima (1970-1974) yang
berasal dari Kampung Batu 16. Selain itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman
B. Muhammad yang lebih dikenali sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal
dari Kampung Relau Berdiri, Batu 16; merupakan seorang ulama terkenal dan
pernah dilantik sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986. Selain itu,
antara orang terkenal ialah Ustaz Kazim Elias al-hafiz yang lebih dikenali
dengan gelaran UKE dan ustaz youtube.
Nama-nama
Penghulu mukim Batu Kurau dari zaman dahulu hingga sekarang adalah seperti
berikut :
Tok
Amar Wan Kasa B. Raja Hulubalang Petani (1859-1867)
Wan
Musa B. Tok Amar Wan Kasa (1868-1881)
Tok
Semanggik B. Wan Musa (1882-1887)
Wan
Teh Safiah Bt.Wan Ismail (1888-1889)* Satu-satunya Penghulu kaum wanita
Mohd.
Ali B. Tok Amar Wan Kasa (1890-1895)
Hj.
Mohd. Noh B. Laksamana Mohd. Amin (1896-1897)
Hj.
Mohd. Saman B. Hj. Mohd. Amin (1898-1901)
Raja
Chik Abd. Hamid B. Raja Hj.Yahaya;Tok Muda Imam Paduka Tuan (1902-1904)
Raja
Hj.Yahaya B. Raja Syed Mohd. Ali (1905-1907)
Raja
Shahbuddin B. Raja Dagang; Tok Seri Rakna (1908-1910)
Hj.
Abdullah Ali B. Retam; Tok Perdana (1911-1913)
Mohd.
Sulaiman B. Salleh (1914-1919)
Mohd.
Sajak B. Pandak; Tok Rakna Sakti (1920-1930)
Pandak
Abd. Karim B. Doya; Tok Rakna Bongsu (1931-1936)
Mat
Piah B. Abdullah (1937-1946)
Hj.
Wan Abd. Manan B. Hj. Wan Abu Bakar (1947-1953)
Raja
Sulaiman B. Raja Abdullah (1954-1960)
Meor
Mohd. Yusoff B. Hj. Meor Hamzah (1961-1962)
Raja
Ismail B. Raja Ahmad Tajuddin (1963-1969)
Megat
Amir B. Megat Yahia (1969-1971)
Wan
Abdullah B. Wan Im (1972-1974)
Abd.
Aziz B. Hj. Rafie (1975-1979)
Zolkapli
B. Adnan (1980-1987)
Hj.Tun
Yaacob B. Hj.Tun Abd. Raffar (1988-1993)
Zolkapli
B. Adnan (1994-2006)
Zulkhalil
B. Hj. Ahmad Razali (2007)
Batu
Kurau mempunyai lebih dari seratus buah kampung, dan diantaranya ialah :-
1. Kampung Batu 14
2. Kampung Batu 15
3. Kampung Batu 16
4. Kampung Batu 20
5. Kampung Pantai Besar Ulu
6. Kampung Sungai Ara
7. Kampung Gudang
8. Kampung Relang
9. Kampung Jelai
10. Kampung Air Hitam
11. Kampung Pondok Quin
12. Kampung Bukit Bertam
13. Kampung Changkat Perah
14. Kampung Titi Kasai
15. Kampung Jabi
16. Kampung Repoh
17. Kampung Sempeneh Cempaka
18. Kampung Anak Kurau
19. Kampung Perak
20. Kampung Ulu Sepetang
21. Kampung Pondok Tanjung
22. Kampung Changkat Lobak
23. Kampung Padang Lalang
24. Kampung Sungai Akar
25. Kampung Cherok Pelanduk
26. Kampung Changkat Mesjid
27. Kampung Changkat Madrasah
28. Kampung Becah
29. Kampung Simpang Empat
30. Kampung Simpang Empat Tengah
31. Kampung Anak Kurau Seberang
32. Kampung Sempeneh Seberang
33. Kampung Perak
34. Kampung Titi Kasai Tengah
35. Kampung Lilin
36. Kampung Cherok Kelian
37. Kampung Batu 14 1/2
38. Kampung Batu 15 1/2
39. Kampung Changkat Semambu
40. Kampung Pantai Besar Ijok
41. Kampung Pantai Besar Batu Kurau
42. Kampung Bawah Gunung
43. Kampung Changkat Larah
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Kurau