25 Apr 2014

LAGU DAN LIRIK


Lirik


WAHAI PAK LONG DAN JUGA MAK LONG

YANG HAT DOK NUN JAUH DI SANA

MUMA DOK WAT PENAMA LEKAS LA BALIK KAPONG

AYAM ITIK LEMUNG SEMUA DOK TUNGGUNG

KAPONG KITA LA NI DAH MAJU

TAK DAK DOK SEPAH TAHI LEMUNG

LEMUNG DAH DOK TAMBAT TAK PAYAH DAH DOK HAMBAT

KAPONG KITA LA NI DAH HEBAT

PELACONG RAME DAH MARI

JEPUNG JERMAN DAN MENGALI

DEMA PAKAT SERENOK KAMPUNG KITA DEMA KATA

TERBAIK DI DUNIA

NATI KELIK YOU DON'T SPEAK KOLALUMPO

NATI TOK CHE NGANGA MULUT MENGGELUPO

JATI DIRI KITA TU LEBIH UTAMA

ORANG TAK FAHAM BALE KE DEMA

CAK CAK NUKUK BELALANG KEDEK-KEDEK

ITU PATONG MAK PAK KITA DULU-DULU

TETU MUMA INGAT SEROK PAGI MAKAN TEPEK

CICAH KOPI O SEDAT SELALU

TUKURO KITA INDAH NAMANYA

HAT YANG JANTAN HENSEM TAK SANGA

HAT BETINA PULA LAWA DEMA KATA

YANG PALING CATIK DI DUNIA

MELAYU CINA DAN HINUNG

SEMUA PAKAT GUI KAN SELASA

BAS DAH TAK MBOH LALU TAK YAH TUNGGUNG

DEMA SEMUA PAKAT DAH ADA KERETA

PAK LONG MAK LONG MARILAH KELIK

MU TAK RINUNG KA KAT KAPONG KITA

LEPAS MAKAN SEMEKUK JONG KITA GI SEMEJIK

MINTAK JAUH DOSA DAN NERAKA



sumber : http://batukuraukini.blogspot.com/

OBJEKTIF

Kini, ramai anak-anak muda dan warga kota tidak tahu cara kehidupan di desa. Apa yang dirisaukan ialah anggapan bahawa kehidupan desa amat daif meskipun hakikatnya ramai tidak tahu bahawa kehidupan di desa begitu kaya dengan keharmonian bangsa, cara hidup dan adat resamnya.

Kehidupan di desa yang tenang dan jauh dari hiruk-pikuk kota akan mendamaikan setiap pengunjung yang datang ke Batu Kurau, Perak. Malah kita akan merasai untuk kembali menyelami kehidupan desa setelah sekian lama desa suram dengan pemergian warganya ke kota-kota besar. Dengan cara ini dapatlah mengembalikan kehidupan desa yang permai dan damai.

Disamping itu, langkah pembinaan blog ini juga membuka peluang pekerjaan kepada warga desa untuk mencari pendapatan berasaskan produk tradisional dan menjadikannya antara tarikan utama di desa. Antara lain objektifnya ialah :-

                1. Melahirkan masyarakat pelancongan
                2. Menggalakkan anak muda bekerja dalam desa daripada berhijrah ke bandar
                3. Menambah pendapatan kepada komuniti setempat
                4. Mengeratkan hubungan sesama komuniti dan masyarakat luar.
                5. Mengkormersialkan budaya setempat kepada dunia luar.
                6. Menggunakan sumber yang sedia ada secara maksima tanpa pembaziran.