28 Apr 2014

TEMPAT PENGINAPAN


1. Kehijauan Di Teratak Afrina

Beralamat di Lorong Hashim Ismail, Simpang Empat, Anak Kurau, 34500 Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan, Teratak Afrina ni memang terkenal. Diuruskan oleh Ceria Perkasa Enterprise dan boleh dihubungi di telefon 019-4490944 / 019-4549467, faks 04-6444441, emel di cperkasa_08@yahoo.com. Chalet ini merupakan lokasi yang ideal bagi menjalankan kursus motivasi, kem dan teambuilding


Ruang makan yang sangat selesa, boleh jadi kelas juga

Pondok rehat yang boleh dijadikan tempat perbincangan aktiviti berkumpulan

Ruang makan yang selesa

Pengiktirafan dan penghargaan dipaparkan

Pemandangan dewan makan dari luar, mengambil konsep kapal atau bahtera

Chalet premium yang biasa dijadikan penginapan urusetia atau homestay

Surau yang selesa

Chalet berbentuk moden

Chalet berbentuk tradisional

Kolam hiasan berhampiran chalet tradisional

Lagi chalet tradisional berkonsepkan rumah negeri Perak

Pemandangan dari dekat

Beca motosikal

Salah satu sudut menarik

Batu Kurau menerima hujan yang paling kerap di Malaysia


2. Chalet Kurau Stone, Batu Kurau, Perak

Berkonsepkan Batang Pinang
Berkonsepkan Tradisional
Berkonsepkan Arabic

Suasana pagi pasti membuatkan anda teruja dengan udara sejuk diliputi kabus bukit. Di sebelah malam pula anda akan ditemani dengan bunyi cengkerik yang mengimbau kenangan sewaktu anda berada di kampung. Di sini pasti juga adalah tempat penginapan yang paling sesuai untuk dijadikan tempat keluarga berkumpul atau mungkin untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga untuk berbulan madu.


Info tentang Kurau Stone Fishing & Highland Stay

KURAU STONE FISHING & HIGHLAND STAY

Alamat :               893 Kampung Batu Bertindan,
Changkat Perah, 34500 Batu Kurau,
Taiping Perak.

Untuk sebarang pertanyaan :     En.Suhaizi (0135000478), En. Fazreen Fais (0195111918),                               
En.Yusof (0135825866), En. Nizam (0135000482)
Restoran (0134070001), dan Chalet (0135000637)
Facebook : kuraustone79@yahoo.com

Chalet Kurau Stone:
Terdapat 2 jenis chalet yg ditawarkan di Kurau Stone. Chalet untuk pasangan (bukit) dan juga chalet untuk seisi keluarga (gunung / pinang).
                                Chalet (Gunung / Pinang )            : RM85.00 hingga RM95.00 / hari
                                Chalet (Bukit)                                    : RM65.00 hingga RM75.00 / hari
Untuk chalet (gunung / pinang)  tempat tidur disediakan untuk 3 org  dan boleh memuatkan seramai 4 org hingga 5 org satu bilik. Manakala untuk chalet (bukit) tempat tidur disediakan untuk 2 org shj dan boleh memuatkan seramai 3 org. Tambahan tilam dan bantal RM15.00.

ATV Kurau Stone:
Terdapat 5 buah ATV di sediakan untuk aktiviti pengunjung. RM12.00 dikenakan untuk 4 pusingan mengikut trek yg disediakan. Manakala untuk trek bukit sebanyak RM20.00 untuk satu pusingan.

Memancing Kurau Stone:
Terdapat berbagai jenis ikan disediakan untuk kaki pancing seperti ikan rohu, tongsan, keli, patin dan lain2 yg berada di 3 buah kolam yg berbeza. Bayaran RM23.00 untuk 4 jam memancing, RM34.00 untuk 6 jam memancing dan RM50.00 untuk 10 jam memancing.

Berbasikal Kurau Stone:
Terdapat 5 buah basikal disediakan untuk pengunjung bagi menikmati suasana kampung di Kurau Stone. Bayaran RM 10.00 untuk 2 jam.

Restoran Kurau Stone:
Terdapat restoran yg berkonsepkan santai (wakaf) di tebing bukit. Juga menyediakn masakan ala kampong, wastern, ala thai dan banyak lagi. Hiburan live band setiap hujung minggu.

Pengangkutan :
Pihak Kurau Stone menyediakan pengangkutan (van) untuk para pengunjung ke tempat rekreasi air terjun berdekatan seperti Speneh dan Air Itam, juga kepada pengunjung yang mahu ke Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping dan sebagainya.

LOKASI BATU KURAU, PERAK

Batu Kurau terletak di utara Taiping dan merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 km dari Bandar Taiping . Batu kurau boleh dilawati dengan melalui Jalan Besar dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau.




GALERI GAMBAR



Aktiviti Bersawah Masih Dikekalkan di Batu Kurau, Perak



Tempat Mandi Lata Sempeneh di Batu Kurau, Perak






Makanan Kampung Yang Cukup Istimewa



Suasana Pekan Batu Kurau, Perak


Anyaman Bertam Sedang Dibuat



Program Pertukaran Belia dari Korea Selatan di Batu Kurau, Perak



Aktiviti Minum Pagi di Warung


Aktiviti Kayuhan Basikal Tua/Lama


Seni Pembuatan Parang/Golok


Aktiviti Pemprosesan Asam Gelugor



Pekan Selasa di Batu Kurau, Perak amat menarik untuk dilawati pengunjung











DOKUMENTARI MENARIK SEKITAR BATU KURAU


Anyaman Bertam (Majalah 3) TV3


Kelawar & Ikan Pekasam (Majalah 3) TV3


Durian Batu Kurau, Perak (Majalah 3) TV3



Keunikan Beruk di Kampung Anak Kurau (Majalah 3) TV3


PELANCONGAN DESA

Pelancongan di Batu Kurau, Perak mempunyai konsep tersendiri yang terdiri dan dibahagikan 4 konsep pelancongan iaitu :-

  • Agro-Tourism
  • Sport-Tourism
  • Culture-Tourism
  • Food-Tourism
1. Agro-Tourism

Menjadikan aktiviti pertanian & ternakan penduduk sebagai produk pelancongan.
Contohnya Ladang Herba ( Misai kucing, Rozel dan Rempah Ratus ), tanaman Buluh Madu, ternakan Arnab, petik buah kelapa menggunakan monyet, tanaman pisang, menoreh getah, pembuatan asam gelugur, musim buah-buahan ( Durian, Salak dan lain-lain )

2. Food - Tourism


Pelancong akan didedahkan dengan cara memproses pembuatan lemang. Dalam proses ini bermula dengan memilih dan menebang buluh di ikuti mengambil daun pisang, mengupas dan memarut buah kelapa serta memerah santan. Proses seterusnya memasukkan daun pisang, pulut serta santan ke dalam buluh dengan teknik yang betul dan membakar lemang hingga masak.

3. Sport - Tourism

Aktivit air seperti berakit dan renang di Empangan Sungai Bubu yang telah dibaik pulih oleh J.P.S Taiping. Setiap pelancong akan merasai aktiviti berbasikal ( basikal-basikal Lama ) mengelilingi kawasan kampung serta berpeluang melakukan aktiviti kampung.

4. Culture- Tourism

Para pelancong atau peserta berpeluang belajar bermain hadrah , ghazal dan bersilat hingga mahir menguasai permainan-permainan tradisi masyarakat melayu patanni di Batu Kurau ini.